About Me

Friday, June 10, 2016

The Shore Residences Melaka


Assalamualaikum
Hye Semua


29 Mei 2016, percutian keluarga bersambung di The Shore Residences Melaka pula. 

Hurmmm...dengar Melaka, very excited nak g bercuti kat sana. walaupun dah banyak kali pergi Melaka tapi tak pernah rasa jemu dengan keindahan bandar nya. Bandar yang kecik tapi penuh dengan sejarah. Aku suka Melaka... tapi Perak tetap dihati..hehehe. 

This is the firstime kami duduk di The Shore Residences ni. Ok, not bad juga cantik. atas hotel dan apartment. bawahnya ada mall. Bestkan macam2 ada....orang yang kaki shopping or window shopping mesti suka kalau konsep hotelnya macam ni kan.hehehe. Tapi bila namanya hotel baru ni mesti ada kekurangan nya kan...tu memang x boleh lari la kan. Yang x bestnya tu, sistem check in nyer lembab seh, lama menunggu nak settlekan check in tu. Lagi satu kekurangan tu, nak kemana mesti ada kad acses..hadoi mmg leceh. naik lif pun nk kene touch dulu kad tu baru boleh turun dan naik..ha nampak x. Nak g pool pun kena touch dulu baru boleh masuk..grrr...security lah sgt kan. Susahkan plak ada la aku rasa!  Swimming pool and gym nya ada di tingkat 9. Ok, itu mmg menarik. Nanti tgk gambar eh.

Sesampai je kt apartment macam biasa pilih2 bilik dan letak barang2. Lepak2 sekejap lepas tu dah anak2 sibuk nak turun g pool. biasalah aktiviti di kala petang kan. so layan kan aja. 
Malamnya kami g dinner kat restoran tomyam dekat2 je dengan area The Shore tu, sebab semua dah kelaparan sangat dan nak kejar masa ada yang nak balik asrama malam tu juga..erkkk. Selalu kalau nak cepat mesti lambat kan, itulah kebiasaannya yg kita hadapi. Aku mmg x suka part macamni, sebab time mcmnila bila jadi selalunya ada nnti yg nak gado nak marah2..betul dak? betul kan. grrr.

Settle makan, ingat nak berjalan2 sekitar bandar Melaka. tapi dah agak dah bila keadaan jadi kelam kelibut hati pun dah rasa malas nak bersiar2 apatah lagi dgn anak2 nyer kerenah kan. penat agaknya tak tdo ptg la katakan..ha mmg mcm2 perangai keluar. So, finally kitaorng decide tuk balik apartment ajer..tido! 

Lepas bangun solat subuh, terasa perut lapar nak makan. aku macam biasalah mesti nak keluar g sarapan. Ajak en.pejal nasib baik dia nak g. So kitaorng g lah berdua. Dekat area The Shore tu mmg ada kedai2 mkn. So, dia ajak jalan2 kaki jer malas nak bawa kete katanya. Oklah kita berjalan kaki sahaja pagi itu. Cari punya cari, last nyer jumpa juga kedai makan yg sangat sedap bagi aku. Susah nak jumpa kedai melayu yg jual roti canai sesedap mcm tu. Nanti kalau pergi Melaka lagi nak g lagi kedai tu sebab dah tahu mmg sedap makanannya. Nasi lemak nyer pun ok sedap. Nama kedai aku lupa dah tapi ingatan aku masih kuat lagi. Kedai tu berhadapan je dengan UTeM. Memang berbaloi kami jalan jauh jumpa kedai tu..hahahaha.

Sebelum check out layan lagi anak2 mandi pool. Settle. Kemas2 barang, siap2 semua then terus check out. Time utk cari makan pulak. Pekene coconut shake klebang dlu sebelum balik dan juga kuih keria antarabangsa. Memang terbaik baq hang. 










gambar semua dari carian cik google.

No comments: