Wednesday, February 29, 2012

Dah Mula Sibuk

salam,

Mulai daripada esok, aku dah mula sibuk untuk urusan pembungkusan barang-barang bagi tujuan perpindahan rumah. So, untuk esok aku dah apply cuti, harap-harapnya semua akan settle seperti yang dirancang. InsyaAllah, hari sabtu nanti aku & husband akan memulakan aktiviti baru dengan bermain air...hehehehe....cuci rumah yer kengkawan...xde makna lain selain dari itu.

Semalam, masa gi bayar duit kepada kontraktor aku nampak rumah aku dah pun dibersihkan. Bagus juga kontraktor tu memang dia pegang pada janji dia la kan, memang terbaik juga la kontraktor yang aku amik ni...kerja2 dia pun nampak kemas. so, hari sabtu nanti aku xlah teruk sangat nak cuci rumah maybe hanya mop sahaja kot. Lepas dah selesai cuci rumah hari sabtu, hari ahad aku dah boleh pindahkan semua barang-barang. Dan secara officialnya hari isnin aku dah boleh tinggal di rumah baru..hoooraaayyyy!!!!

Hari Isnin pun aku dah apply cuti untuk urusan mengemas pulak. Nasib baik sekarang ni my bos out station ke luar negara so, senang sikit aku nak apply cuti...takdelah nnti dok terfikir jerk keja kt ofis ni. Ok, aku stop kat sini dulu sebab aku nak g makan roti jala yang dah lama aku x makan, arini plak teringin nak makan... ;)




Tuesday, February 28, 2012

JUS MONAVIE

Salam,

Adakah anda pernah dengar tentang Jus Monavie? Apa itu Jus Monavie? Nak tahu Rahsia dan Keajaiban Jus Monavie?


KETAHUI RAHSIA DAN KEAJAIBAN JUS MONAVIE
19 Jenis Buah-buahan Dari Alam Semulajadi

Memperkenalkan jus berkhasiat dari buah-buahan semulajadi
Dirumus secara saintifik yang berfungsi sebagai minuman kesihatan yang lazat dan hebat untuk anda sekeluarga.


MonaVie merupakan Jus gabungan 19 jenis buah-buahan yang paling berkhasiat di dunia yang membekalkan daya tenaga paling optimum untuk badan kita.

Jus Monavie ini mendapat sambutan hangat dan diperakui oleh ramai saintis di seluruh dunia. Ia telah terbukti mampu membekalkan khasiat yang optimum untuk keperluan badan kita.

ACAI BERRY

Anti Penuaan, Pencegahan Diabetes, Pencegahan Kanser, Merendahkan Kolesterol, Peningkatan Fungsi Seksual, Menggalakkan Pencernaan, Pencegahan Sakit Jantung & Strok, Peningkatan Sistem Keimunan


DELIMA

Menentang Bakteria & Jangkitan Kulat, Pencegahan Serangan Sakit Jantung, Kurang Daya Tenaga, Membentuk Kolagen


BILBERRY

Glaukoma (Penyakit Mata), Pencegahan / Rawatan Artritis Reumatik, Penglihatan Yang Sihat, Pembentukan Kolagen, Buasir


PASSION

Asma, Diuretik Ringan, Infeksi Saluran Air Kencing, Mempergiatkan Kesihatan Jantung


GILOBERRY / WOLFBERRY

Insomnia ( Sukar Untuk Tidur), Masalah Penglihatan, Sengal- Sengal Tulang, Kencing Manis, Penyakit Kulit


BLUEBERRY

Perlindungan Sistem Jantung, Pencegah Kencing Manis, Pengurangan Kolesterol


KIWI

Perlindungan DNA Dari Radikal Bebas, Pencegahan Kanser Kolon/Kanser Kulit, Pengawalan Kolesterol, Kencing Manis


CRANBERRY

Antibiotik Semulajadi (E Coli, H Pylori), Kesihatan Saluran Air Kencing, Prostatitis (Radang Pada Prostat), Anoreksia


APPRICOT

Ketidakseimbangan Tekanan Darah, Penyakit Prostate, Katarak, Strok


PRUN

Kencing Manis, Pengurangan Kolesterol, Merangsangkan Kepadatan Tulang, Pencegahan Kehilangan Daya Ingatan & Penyakit Alzheimer


PEAR NASHI

Sumber Diet Fiber, Vitamin B Kompleks, Penting Untuk Aktiviti Metabolisme


ARONIA

Mengelakkan Kanser, Pencegahan Kencing Manis, Mengawal Penyakit Jantung


CAMU

Camu Berry- Kemunduran Macular, Masalah Gusi, Selsema


ACEROLA CHERRY

Fungsi Jantung Yang Sihat, Hati, Perangsang Sistem Buah Pinggang, Bantuan Berkhasiat Untuk Anemia


PISANG

Tidur Lebih Lena, Penghasilan Kolagen, Melegakan Cirit- Birit, Sembelit


PEAR

Pembersihan Kolon, Merendahkan Tahap Kolesterol, Mengawal Tahap Gula Dalam Darah


LAICI

Mengurangkan Risiko Kanser


ANGGUR PUTIH

Kesihatan Otak, Kulit, Mata, Gastrik, Anti-Bakteria & Virus, Anti-Pengoksidaan


ANGGUR UNGU

Anti-Penuaan, Anti-Infamasi (Radang), Kesihatan Sistem Jantung, Pencegahan Kanser Prost

MENGAPA KITA PERLUKAN JUS MONAVIE

Jus MonaVie adalah makanan tambahan yang menghasilkan unsur-unsur anti-oksida yang tinggi yang berupaya melawan, mengurang dan menyahkan radikal-radikal bebas dari dalam badan kita.

Di samping itu, ia juga membekalkan nutrien-nutrien yang tinggi dan berkualiti yang tidak terdapat dalam makanan tambahan yang lain untuk memberi dan membekalkan tenaga yang optimun untuk badan kita.

KHASIAT JUS MONAVIE

Khasiatnya telah diperakui oleh ramai pakar-pakar pemakanan terkenal dunia serta mendapat liputan-liputan yang meluas terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah.

Kesan-kesan pemulihan semulajadinya telah banyak terbukti dan diperkatakan melalui testimoni-testimoni seluruh dunia dan kini MonaVie mula bertapak di pasaran Asia untuk kita berkongsi bersama akan khasiat dan kehebatannya.

Kajian menunjukkan ramai orang yang mengamalkan jus herba atau makanan tambahan yang lain akan bertukar dan beralih arah kepada jus MonaVie setelah mula meminumnya.

Jus MonaVie membekalkan khasiat-khasiat berikut:

1. Vitamin

2. Phytonutrients
3. Dietary Fiber
4. Trace Mineral
5. Complex Carbohidrat
6. Amino Acid / Protein (menyerupai Profil Telur)
7. Omega 3,6,9 (menyerupai minyak buah kurma)

Adakah anda berminat untuk memiliki sebotol Jus Monavie untuk seisi keluarga? Sekiranya Ya, anda boleh menghubungi saya untuk tempahan di talian 013 343 6065.


Monday, February 27, 2012

Senamrobik Perdana

salam,

Semalam, pepagi pukul 6 aku dah bangun settlekan apa yang patut..sebelum keluar untuk join senamrobik...semangat gilerr aku..kehkehkeh =). Target nak kuar rumah pukul 7.30 (ikut cakap kak ina, dorang tulis jerk pukul 7.30 biasalah kan janji melayu) last2 lambat juga aku kuar, dah pukul 7.40. Kak Ina call cakap kata dah sampai dataran..alamak!! aku baru jerk nak otw...urmmm. apa lagi aku pun pecut la 100km/jam, sebab awal lagi.. kereta pun x banyak lagi so boleh bawa laju2. Aku sampai lebih kurang pukul 7.48...urmmm..untuk menjimatkan masa so aku target tuk parking kereta di luar sahaja...xperlu susah2 nak cari parking kat dalam buatnya parking semua dah penuh satu hal plak nak kena pusing balik..dah la lambat..bertambah2 lambatla nnati.

Turun jer daripada kereta...dah dengar bunyi2 lagu berkumandang...sangat rancak..aku pun berjalan dengan agak laju untuk mencari di mana arahkan bunyi lagu tersebut. al-maklumlah dataran tu pun aku x tahu letaknya dimana, memang la biasa g tasik cempaka tu tapi selalunya dekat bahagian luar2 jerk yang ada playground tu aku pergi..bawa anak2 main.

Makin dekat makin kuat lagu itu kedengaran..so aku dah pasti aku memang dah jumpa dataran tuh..makkk aiii ramainya orang...tua+muda+kecik+besar semua ada...harap-harap aku x lah terlambat sangat. So, aku pun turun ke bawah dataran untuk cari kak ina kalau2 jumpa, sambil ikut gerakan instructors. Aku agak kak ina mesti duduk kat bahagian depan, sambil2 mengusha tuh, hihihi...nampak juga kelibat kak ina..apalagi aku pun terus lari cari ruang berdiri sebelah kak ina =) sambil tersenyum.

Kalau kengkawan semua nak tahu instructors nyer adalah lelaki tau....memang best. dari aspek susunan lagu dan gerak langkah juga best..seminggu sekali nak keluarkan peluh, boleh join senamrobik perdana nih. Memang berpeluh2 dibuatnya..sampai boleh rasa la baju kita basah. Senamrobik ni amik masa dalam 1jam. Lepas senamrobik, kengkawan boleh buat pemeriksaan kesihatan di booth yang disediakan. Pemeriksaan ni percuma jerk, untuk melihat tekanan darah kita selepas bersenam. Jom kengkawan, kita g bersenamrobik bersama =)

Thursday, January 26, 2012

Bagaikan Tak Percaya

salam,

hehehe...tajuk entry kali ni cam suspen jer bunyinyer ye...Bagaikan tak percaya? urmm, memang kekadang aku selalu tak percaya yang aku dah ada 2 anak dara yang semakin membesar bagaikan juara ;)



Suka tengok gambar 2 anak dara ni especially yg dak tecik tuh...geram sgt..sebab dia dah semakin lasak daripada kakak. Apa kakak ada, dia pun nak sama..kalau x dapat merajuk nyer lagi susah nak pujuk daripada si kakak nyer...manja pun boleh kalahkan si kakak nyer juga. Maksudnya dak tecik ni lagi bijak + cerdik lagi dari kakak. adoiii ponat nak melayan kerenah 2 dara pinggitan yang comel ni ;) especially si adik. Tapi mama tetap sayang anak-anak mama!!


Kena Tunggu Lagi

salam,


Kena tunggu lagi ;( sampai semuanya selesai dibuat...plaster ceiling, grill, kitchen cabinet masih dalam proses lagi. Rasanya hujung bulan 2, baru boleh pindah semua barang-barang. Bila bercerita bab pindah memindah nie..rasanya sangat leceh sebab nak kena berkemas itu dan ini...alahai ponat la badan den ni hah. Tapi disebabkan nak masuk rumah baru nyer pasal..aku akan tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk mula mengemas barang-barang untuk dimasukkan ke dalam kotak. huhuhu...ayat yang penuh dengan kemalasan ;)

Aku ni mmg pemalas kalau bab nak amik gambar semua bagai..tapi nak uploadkan dalam blog ni untuk tatapan kengkawan...aduhaiii...satu lagi malas <"-"> urmm, tunggu la kalau aku dah rajin sikit untuk tangkap mana-mana gambar yang aku suka (tangkap muat) hahaha. Sekarang ni, dok mula la fikir nak beli camera baru plak walhal camera lama ada jer kt umah tu...x terusik..ini semua alasan untuk melicinkan lagi bukit yang dah sedia licin ditarah gara-gara rumah baru ni....ngeh..ngeh..ngeh..hah hambik kau!!! Sebab aku cam dah berkenan plak dengan Sony C3..Pn. Izareene bila mau beli Sony C5? :)


Wednesday, January 25, 2012

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah...lega rasa hati kunci rumah telah pun aku perolehi pada 2 minggu yang lepas iaitu sehari selepas entry Esok HariNya ditulis. Inilah dia cerita gembira yang aku ingin kongsikan bersama kalian ;)

Dibawah ini adalah post wall di FB saya selepas beberapa jam menerima kunci rumah pada 10 Januari 2012. Sory sebab dah terlewat nak bercerita perihal rumah baru ini, so saya just copy & paste untuk nyatakan perasaan gembira dan teruja nya saya apabila telah pun memiliki kediaman baru sendiri.


Sangat teruja arini tatkala menerima kunci rumah...apatah lagi bila melihat dh ada jiran yg dh bpindah ddk disana, dh decide nk psg grill & kitchen cabinet first. Yeayy!!! rsa cm x percaya aku dh ada rumah sendiri lps ni ;)
· ·
    • Siti Aishah pindah mane??
      January 10 at 12:54pm ·
    • Azillawati Rahim harus buat housewarming nanti...hehe tahniah
      January 10 at 1:01pm ·
    • Aizad Hamzah nak tgk umah =D
      January 10 at 1:04pm ·
    • LyanaShita Talib besh nyer dh ader rmh sendiri..... kat ne zah ??
      January 10 at 1:10pm ·
    • Nieza Saad Siti Aishah & LyanaShita Talib dkt Hillpark Home, Bandar Teknologi Kajang
      January 10 at 1:50pm ·
    • Nieza Saad Azillawati Rahim & Aizad Hamzah boleh..boleh..xde mslh ;)
      January 10 at 1:51pm ·
    • Haliza Ramli Alhamdulillah ... sonoknya ade rumah sendiri :)
      January 10 at 2:28pm ·
    • Nur Ain ni kajang kt area mne yeh nieza..leh la dtg nnti..hehe..price brape?:)
      January 10 at 2:40pm ·
    • Nieza Saad Haliza Ramli alhamdulillah kak, dh terasa sempurna hidup nie..hihihi.
      January 10 at 2:55pm · · 1
    • Nieza Saad Nur Ain jln nk Ke Semenyih..bleh xde mslh. 241k
      January 10 at 2:56pm ·
    • Nur Ain wokeh..InsyaAllah..dtg umh kite jgk..tmn sekamat, kajang..kiki
      January 10 at 2:58pm ·
    • Noor Ellina Jaafar wow..congrate..suke nye dengar..elly pun tingin nak bli rumah tapi kene tunggu kawin dulu...
      January 10 at 5:24pm ·
    • Nieza Saad InsyaAllah Nur Ain ;)
      January 10 at 7:14pm ·
    • Nieza Saad Xpe2 pelan-pelan kayuh, insyaAllah. Bila nk berlangsung nyer Noor Ellina Jaafar?
      January 10 at 7:16pm · · 1
    • Ryna Ismail umah kt mana....seronok dh ada umah sendiri ni....
      January 11 at 12:25pm ·
    • Nieza Saad alhamdulillah kak Ryna Ismail, dkt bandar teknologi kajang...dgr citer akak akan dpt baby nnti..mudah2an girl..tahniah kak ;)
      January 12 at 2:18pm ·

Monday, January 9, 2012

ESOK HariNya

salam,

Urhhh, x sabar dah rasanya aku nak tunggu tibanya esok hari...hehehe. Ianya amat bermakna bgi hidupku sekeluarga :) nak tahu apa dia? kita tunggu saja ceriter esok yer...samada baik atau pun sebaliknya.

Bye.

Wednesday, December 14, 2011

Penghujung Waktu

salam,

wah dah lamanya aku x coretkan isi hati di arena blog ini. Saban hari menunggu masa yang sesuai untuk aku luahkan rasa disini..asyik x menyempat jerk. Arini aku cuba juga walaupun pada hakikatnya banyak giler keja yang menanti untuk aku segerakan...argggghhhhh tension!!!!!

Penghujung waktu, tajuk yang amat menarik perhatian dan tertunggu-tunggu untuk aku bercerita disini. Argghhh, terasa sekejap saja masa berlalu dan sekarang kita dah pun berada di dalam bulan yang terakhir di setiap tahun iaitu bulan Disember. Banyak kisah suka berbanding duka bila berhadapan dengan bulan Disember ini. Nak tahu kisahnya mari ikuti sorotan pendek dibawah ini:


1. 8 Disember, tarikh dimana aku telah menjadi seorang isteri yang sah kepada Mohd Faizal b. Hamzah. Alhamdulillah, syukur dah genap 4 tahun kami melayari bahtera sebagai suami & isteri. Moga dipanjangkan hingga ke akhir hayat sebagai suami & isteri bersama. aminn!!

2. 27 Disember, lahirlah seorang puteri yang diberi nama Nur Zulaikha Zahra. Wah, dah x lama lagi anak mama nak masuk usia setahun. Dah semakin lasak macam ayah, bila merajuk lagi susah nak pujuk berbanding kakak huhuhu.

3. Bulan yang paling aku suka setiap tahun termasuk bulan 8, hehehe sebab bulan ini adalah bulan yang wajib bercuti & menghabiskan cuti untuk seisi keluarga..yeeehaaaa.

4. YES, ini pun aku sangat suka sebab Year End Sales!!!!!!! yaaahoooooo.

Sorotan di atas hanyalah yang aku suka sahaja. Yang aku x suka cumalah perlanjutan usia yang semakin meningkat bila penghujung bulan Disember berakhir ;)


Wednesday, November 2, 2011

Tak Sihat :(

salam,

aduhh, minggu ni minggu tak sihat aku sekeluarga ;( al-maklumlah dengan cuaca sekarang yang tak menentu musimnya. Minggu lepas dania x sihat..demam..then ok..batuk & selsema yang x baik2...nthen berjangkit plak dekat zulaikha..kemudian ayahnyer pun sama batuk...dan sekarang ni aku plak yang kena virus2 tuh...so, xkisah la janji anak2 aku sihat sentiasa..biar mama dan ayah nyer yg kena pun xpe..kesian tgk anak2 kalau sakit..makan pun xberselera..makin susut la badan anak2 aku ni.

minggu lepas si kakak kena cirit-birit & muntah..minggu ni si adik plak...aduhhh, berjangkit2 smuanya...ni semua virus-virus jahat punya angkara.

"Ika, mama doakan adik cepat sembuh yer..cian mama tgk muka adik yg lemah & x bermaya.
Nia, jangan asyik nak membuli adik yer sayang...cian adik x sihat...doakan adik cepat sembuh, ok sayang".

Tuesday, October 18, 2011

Leganya Rasa Hati.

salam,

haii..teman dan rakan blog sekalian, macam mane dengan tugasan dan tanggungjawab untuk arini..adakah semuanya baik atau sebaliknya? Diharapkan teman2 dan rakan2 sekalian dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.. ;) Ini hanya sekadar mukadimah pembuka bicara.

arghhh...satu keluhan lega boleh aku lepaskan ketika ini. Leganya rasa hatiku tatkala segala ketakutan dan kerisauan yang sering menghantui diri aku selama ini telah berlalu pergi berbekalkan prinsip dan janji yang dipegang, apabila sampai waktu dan ketikanya aku perlu menyelesaikannya. Nah..,inilah saatnya yang aku nantikan untuk menggambarkan kepada semua rakan dan teman bahawa hatiku telahpun lega. ;)

Monday, October 17, 2011

Kakak Punya Angkara!!

salam,

haisshh..kesian mengenangkan si adik asyik kena buli dengan si kakak. Itulah nasib kalau dah namanya seorang adik, memang lumrah dunia..pasti akan dibuli oleh kakak..hehehe ;) Nak share dengan rakan dan teman semua, kejadian ni berlaku lebih kurang 2-3minggu lepas dimana si kakak mempunyai hobi yang baru.

x pasti la kenapa sekarang ni si kakak asyik dok sibuk dengan 'bedak'. Setiap kali lepas mandi, mesti selepung di kedua-dua belah pipi sampai boleh dilabel mcm "hantu komak" dan lantai rumah jgn citer la..sana sini penuh dengan taburan bedak2 yang tumpah...huhuhu. Kekadang bila si kakak dah bosan dengan iPad, mesti si kakak akan meminta bedak plak..aihhhh, anak aku ni nak jadi mak andam ker? atau nak bergaya mcm mama dia..huhuhu...biasalah nama pun pompuan kan.

Habis satu botol bedak si kakak kerjakan....adoiiyaiii..mangsanya...ni hah, meh tgk kt bawah ni:



Ciannnn si adik yang tak tahu pape tuh....dek angkara si kakak. =P